Kata-kata makcik Sainah agak mengganggunya seharian ini hingga lewat malam ini. Kata2 yg mengatakan yg tak pernah diduganya. Sudah banyak pinangan dari beberapa keluarga utk dirinya telah ditolak mentah2 oleh ibunya. Benarkah..? Bisikan yg berupa pertanyaan tanpa henti berulang2 seolah kedengaran dicuping telinganya. Sedangkan ia pertanyaan hatinya sendiri.
'Makcik dah byk kali cakap dgn mak kamu.. umur kamu dah cukup besar nak kawen... dah boleh berumahtangga. kakak kamu sendiri pun kawen umur 20 21 tahun. kamu ni dah 27.. nak tunggu apa lagi...' Makcik Sainah menggesanya. Namun Julia seakan masih tidak percaya. Bila masanya org dtg meminangnya? Tanpa pengetahuannya?
'Sebab tu makcik nak kamu fikirkan pinangan Shahril ni... Dia anak kawan makcik.. Insyaallah makcik kenal baik dgn anak beranak... '
Shahril..?
'Makcik dah cakap dekat ayah kamu.. ayah kamu dah pun setuju.. mak kamu makcik tak tahulah.. tapi ayah kamu dah setuju sangat. lagipun apalagi yg kamu nak tunggu... dah keje pun kamu ni ju...'
Julia termenung menongkat dagu. Kawen...? Shahril...? Siapa lelaki itu? Ayah dah setuju... hmmm... Emak?
'Alahai.. tak tahulah aku ni Mah... belum lagi ada yg tanya2.. Nak buat macam mana...' teringat kata2 emaknya pd Mak Zaimah, jiran sebelah rumahnya bila bertanyakan halnya dan perkawenannya.
'Kamal anak tok ayah tu pun sebenarnya pernah risik2 ke kamu.. tapi mak kamu tolak mentah2. merajuk dia sampai sekarang dgn mak kamu. Azman anak pak betih jiran kamu tu pun pernah risik2 kamu.. pun mak kamu tolak mentah2. ntah apa alas an mak kamu ju... sampai makcik rasa mak kamu ni agaknya tak mahu kamu ni kawen agak2nya...'
Kamal..? Anak ayah tok. Satu ketika sangat rapat dgnnya secara tiba2. Julia tak berfikirkan selain merasa seronok bila sepupunya sendiri sering bertanyakan khabar berita ttg drinya. Tapi entah kenapa sejak dia habis belajar, sepupunya kamal seakan menghilangkan diri.
Azman..? Jiran kampungnya. Anak siak masjid yg memang rapat dgnnya sejak kecil. tak tahu menahu pula yg lelaki itu pernah merisiknya. Bila...? Tapi.. sekarang agak susah juga Nampak lelaki itu kalau dia balik kekampung. Hmm... fikirnya, tentu lelaki itu sibuk dgn kerja2 sehariannya juga seperti dia.
'Siapa lagi yg pinang Ju makcik..?' gatal pula mulutnya bertanya. Makcik Sainah menyebut beberapa nama org yg masih di ingatnya. termasuk Kamal dan Azman sudah 6 lamaran di tolak oleh emaknya. Julia menggigit bibirnya. Kenapa emak tolak semua lelaki tu? Kenapa tidak pernah pun cerita itu sampai kepengetahuannya.
'Memang mak kamu tak mahu kamu tahu.. Sebab apa makcik pun tak tahu..'
Julia menggosok telapak tangannya yg agak lenguh menongkat dagunya sendiri. Masih memandang keluar tingkapnya. Mencari jawapan yg dia sendiri tidak pasti.
'Hurmmm...' sebuah keluhan meluncur dr bibirnya.
Jam dinding yg terletak setia di dinding berwarna putih itu dikerling. Perlahan dia bangkit dan mencapai tuala kecil di hujung katil.
Isthikarah... itulah penyelesaian utknya. Tanpa mengenal mengetahui siapakah Shahril yg akan dating meminangnya.
--------------------
'Betul ke awak ambil cuti jumaat ni?' Ain teman satu jabatan dgnnya tiba2 bertanya. Julia agak kaget dgn pertanyaan yg tidak semena2 itu.
Tanpa menjawabnya, Julia mengangguk dan tetap dgn kertas kerjanya.
'Tak pernah2 awak ambil cuti utk balik kg Ju..selalu balik kg hari jumaat after work..'
Julia menoleh pd temannya, sekilas dia tersenyum. Masih tidak menjawab.
'Ju ada masalah ke..?' Ain seolah berbisik pdnya. Julia sekali lagi mengangkat wajahnya memandang temannya itu.
'Taklah Ain... Kenapa cakap macam tu pulak...Ju saja nak habiskan cuti... Kan dah bulan 9 ni... Cuti Ju banyak lagi..' Dalihnya. Kembali pada kertas kerjanya.
'Kalau ada pape cakaplah Ju.. Kita kan satu ofis... Lagipun, selama ni Ain je yg asyik susahkan masalah Ain kat Ju..'
'Eh... Ain... apa cakap macam tu. Tak de pape lah... Ju ok je.. '
'Hmm...' Ain masih enggan percaya. Wajah bulat Julia direnungnya.
'Lately Ju senyap sangat.. tu yg Ain Tanya...' Kata2 Ain membuatkan Julia terhenti tumpuannya seketika. Seolah berfikir, dan menoleh pada temannya.
'Ayah Ju kata ada org nak dtg meminang Ju.. Ju tak sure apa nak buat. Ingat nak balik kg ni.. Ju nak bincang dgn ayah Ju..'Akhirnya Julia meluahkan cerita sebenar.
Ain terkedu. Wajahnya seolah kaku buat seketika.
'Ain kan tahu hal Ju dgn family Ju... 'Giliran Julia terdiam seketika.
'Betul ke Ju...?Alhamdulillah...' Tiba2 Ain seolah menjerit keriangan. Julia sekali lagi kaget.
'Apa ni... ju tak kata pun Ju nak terima...' Keluh Julia. Ain sudah tertawa gembira.
-----------------------------------------
‘Terima jelah Shahril tu.. Nak tunggu sapa lagi. Umur
bukannya muda lagi. Nak harap berboyfriend ntah bila dapatnya..’ Sinis emak
bersuara dari tempat duduk belakang. Sedikit terguris hati kecilnya. Genggaman
tangannya pad stering keretanya dikuatkan. Menahan rasa hati. Namun Julia tidak
menjawab. Sekadar dibiarkan kata2 ibunya melepasi waktu.
‘Awak ni Piah.. Ikut sesedap mulut awak aje bercakap..
Apa pun biarlah Ju sendiri putuskan. Ini masa depan dia.. Jangan ingat hal
kawen ni boleh dibuat memain...’ Rungut Hj Hadi. Memicit2 kepalanya yg
berserabut dgn perangai isterinya. Julia memberikan senyuman hambar pada
ayahnya.
‘ Eh.. abg ni. Bila pulak saya buat memain? Saya cakap yg
betul. Buat apa nak fikir2 lagi. Sementara ada orang nak.. Lagi pun betulkan
saya cakap.. nak harapkan si Ju ni ada boyfriend ntah bilanya...’
‘Eh.. mana awak tahu
Ju ni ada teman lelaki ke tak... “
‘Alah.. tak payah bagi tahu.. memang tak adanya...’
Gerutu Hjh Sapiah. Tidak senang suaminya cuba membela Julia.
‘Hish... memandai sgt lah awak ni emaknya... Dah la Ju...
jgn ikut sgt cakap emak ko ni.. Asyik fikirkan hal sendiri. Ayah nak Ju
fikirkan dulu.. Ayah ikut aje..’
Julia tersenyum lagi. Malas untk bersuara. Perjalanan
pulang ke rumah bagai sangat lama. Bagai menempuh siang dan malam. Hatinya
resah tidak menentu. Telefon bimbit disakunya sudah bergetar beberapa kali. Dia
dapat meneka. Panggilan atau sms dari siapa. Namun dibiarkan sahaja.
‘Saya tidak akan memaksa... tapi, sy harap awk sudi beri
sy peluang..’
SMS ringkas itu di baca beberapa kali. Berkelip2 kelopak matanya. Memikirkan jawapan utk si penghantar. Akhirnya sebuah keluhan menyudahkan bacaannya.
Julia merenung dinding. Kiri dan kanan bersilih ganti.
Tidak tahu mahu kemana lagi pandangan matanya. Gelisah dan kadang rasa pilu
menyusup hatinya. Sukarnya untuk dia membuat keputusan itu.
‘Ju terima jelah dulu.. Bertunang bukan ertinya dah jadi
isteri. Lagi pun Shahril dgn emak ayahnya sendiri dah kata kat Ju.. tempoh
bertunang tu buat utk tempoh berkenal2an. Kalau serasi, teruskan. Kalau tak..
putuskan...’ Kata2 Makcik Sainah bagai berulang2 memukul gegendang telinganya.
Tit tit tit ..
‘Maafkan saya... adakah sy telah memaksa..atau terlalu
mendesak? Maafkan saya..’ Terangkat kening Julia membaca SMS itu.
Dibiarkan seketika. Memang dia tidak pernah menjawab
sebarang mesej atau panggilan telefon dari lelaki itu. Bukan dia berlaku
sombong atau keras kepala. Sebenar2nya dia masih tidak tahu apakah keputusan yg
perlu dibuatnya.
SMS kali ini membuatkan dirinya terasa begitu kejam. Melirik pada jam di dinidng. 2.05 pagi.
‘Masyaallah...’ keluhnya perlahan. Terasa bagai sungguh
menyeksa hati lelaki itu.
Perlahan dia mengambil telefonnya kembali. Direnungnya
seketika. Tidak pasti.. menekan2 huruf2 di skrin telefon itu. Di padam beberapa
kali dan berulang kali..
‘insyaallah... esok sy akan beri jawapan. Tidurlah dulu
ye. Dah lewat pagi ni...’ Akhirnya Julia menghantar sms. Ntah mengapa meremang
bulu romanya. Segera di campakkan telefonnya ke atas tilam. Takut.
Tit tit tit..
Julia menoleh bila telefonnya kembali berbunyi. Mahu tak
mahu dicapainya. Disangkanya hantaran pesanan ringkas. Tetapi bila dilihatnya
skrin itu melayarkan panggilan utknya jantungnya begitu kuat berdebar.
Tiba2 terasa sesuatu menggigit lengannya. Spontan jarinya
menekan skrin telefonnya dan tanpa rela Julia telah pun menjawab panggilan
telefonnya..
‘Assalamualaikum...’ Julia tersentak bila terdengar suara
di talian. Bagai mahu luruh jantungnya.
‘Assalamualaikum...’ Julia masih terkejut dan terkedu.
‘Waalaikumsalam.. ‘sahutnya dlm getar yg sgt kencang.
Terasa pagi yg asalnya sgt sejuk itu seolah hilang sejuknya. Terasa bagai ada
peluh mula merenih tubuhnya.
‘Ju... ‘ Shahril memanggil namanya perlahan.
‘err.. ye.. saya..’
‘Belum tidur juga ye..? ‘Tanya lelaki itu perlahan. Julia
mengangguk. Mmenyedari Shahril tidak melihatnya dia terasa lucu seketika.
‘Belum.. tapi dah nak tidur.’ Julia cuba mengelak
perbualan panjang.
‘Oh.. eloklah.. tidurlah.. dah lewat sangat ni...’ Pesan
Sharil. Julia terasa lucu. Bukankah tadi dia yg mula berpesan pd lelaki itu
sepaya tidur dulu.
‘Hmm... yelah.. Awak pun..’ Ahhh... ntah kenapa kata2 itu
yg terluah. Malu merembas dihatinya. Seolah saling berpesan2. Kedengaran ketawa
kecil di hujung talian.
‘Ok... terimakasih sbb sudi angkat telefon. Ke...
mengigau ni...?’usik Shahril. Julia tidak mampu menahan tawa lucunya.
‘Tak adalah... mana ada sy ngigau...Awak ni...’ Shahril
turut tertawa.
‘Yelah... hehe.. tidur ye.. Assalamualaikum..’ shahril
menyudahkan perbualan. Julia segera menjawabnya dan segera memutuskan talian.
Ahh... lelaki itu... Bisiknya dalam keluhan.
Sesaat kemudian, terasa hatinya seolah begitu damai.
Kepalanya yg sudah usang hari terasa begitu berat dan sarat bagai sudah lapang.
Julia meletakkan kepalanya perlahan ke bantalnya. Tilam tipis itu terasa selesa
buatnya. Beristighfar seketika dan malamnya bersantai dlm lena yg panjang.
‘Ju... oh Ju... ‘Ketukan pintu bilik yg agak kuat itu
segera mengejutkan Julia dari tidurnya. Berpisat2 dia menolak kain selimut.
‘Ayah...’ Julia menyahut panggilan Haji Hadi.
‘Bangun dah... ‘Julia menjengokkan kepalanya keluar pintu
bilik.
‘Ayah...’
‘Hmm... hari ni ayah teringin nak makan pulut durian. Malam tadi ayah ade rendam beraspulut. Durian ada kat bawah almari. Kelapa ada tu. Ju tolong tanakkan pulut ye. Bubur nya jgn manis sangat..’ Pesan lelaki berusia itu sambil membetul2kan serban dikepalanya.
‘Baik ayah... ayah dah nak gi masjid ke?’ Tanya Julia dgn
tangannya menutup mulutnya yg menguap.
‘Ha’ah... ayah balik siang sikit. Nak tgk ada durian
jatuh tak kat kebun..’ Julia Cuma tersenyum.
‘Tgk siang sikit kan boleh ayah... pagi sangat mana nak
nampak buah tu ade ke tak.. Lagi pun kan bahaya.. Karang ade plak ular ke
apa..’
‘Tak de lah...Ayah dah biasa...’Haji Hadi melangkah
meninggalkan Julia.
‘Siang sikit ayah...’