Monday, 16 September 2013

akan pasti jua ...

Julia memandang jauh luar tingkap apartment kecil miliknya. Tingkap kaca yg berkeping2 itu terasa lolos dek cahaya bulan yg terang dilangitnya. Puput angina malam ada juga menerbas masuk ke kamar kecilnya. Terasa agak dingin. Namun Julia sekadar membenarkan ia menyapu kulit pipinya.

Kata-kata makcik Sainah agak mengganggunya seharian ini hingga lewat malam ini. Kata2 yg mengatakan yg tak pernah diduganya. Sudah banyak pinangan dari beberapa keluarga utk dirinya telah ditolak mentah2 oleh ibunya. Benarkah..? Bisikan yg berupa pertanyaan tanpa henti berulang2 seolah kedengaran dicuping telinganya. Sedangkan ia pertanyaan hatinya sendiri.

'Makcik dah byk kali cakap dgn mak kamu.. umur kamu dah cukup besar nak kawen... dah boleh berumahtangga. kakak kamu sendiri pun kawen umur 20 21 tahun. kamu ni dah 27.. nak tunggu apa lagi...' Makcik Sainah menggesanya. Namun Julia seakan masih tidak percaya. Bila masanya org dtg meminangnya? Tanpa pengetahuannya?

'Sebab tu makcik nak kamu fikirkan pinangan Shahril ni... Dia anak kawan makcik.. Insyaallah makcik kenal baik dgn anak beranak... '

Shahril..?

'Makcik dah cakap dekat ayah kamu.. ayah kamu dah pun setuju.. mak kamu makcik tak tahulah.. tapi ayah kamu dah setuju sangat. lagipun apalagi yg kamu nak tunggu... dah keje pun kamu ni ju...'

Julia termenung menongkat dagu. Kawen...? Shahril...? Siapa lelaki itu? Ayah dah setuju... hmmm... Emak?

'Alahai.. tak tahulah aku ni Mah... belum lagi ada yg tanya2.. Nak buat macam mana...' teringat kata2 emaknya pd Mak Zaimah, jiran sebelah rumahnya bila bertanyakan halnya dan perkawenannya.

'Kamal anak tok ayah tu pun sebenarnya pernah risik2 ke kamu.. tapi mak kamu tolak mentah2. merajuk dia sampai sekarang dgn mak kamu. Azman anak pak betih jiran kamu tu pun pernah risik2 kamu.. pun mak kamu tolak mentah2. ntah apa alas an mak kamu ju... sampai makcik rasa mak kamu ni agaknya tak mahu kamu ni kawen agak2nya...'

Kamal..? Anak ayah tok. Satu ketika sangat rapat dgnnya secara tiba2. Julia tak berfikirkan selain merasa seronok bila sepupunya sendiri sering bertanyakan khabar berita ttg drinya. Tapi entah kenapa sejak dia habis belajar, sepupunya kamal seakan menghilangkan diri.

Azman..? Jiran kampungnya. Anak siak masjid yg memang rapat dgnnya sejak kecil. tak tahu menahu pula yg lelaki itu pernah merisiknya. Bila...? Tapi.. sekarang agak susah juga Nampak lelaki itu kalau dia balik kekampung. Hmm... fikirnya, tentu lelaki itu sibuk dgn kerja2 sehariannya juga seperti dia.

'Siapa lagi yg pinang Ju makcik..?' gatal pula mulutnya bertanya. Makcik Sainah menyebut beberapa nama org yg masih di ingatnya. termasuk Kamal dan Azman sudah 6 lamaran di tolak oleh emaknya. Julia menggigit bibirnya. Kenapa emak tolak semua lelaki tu? Kenapa tidak pernah pun cerita itu sampai kepengetahuannya.

'Memang mak kamu tak mahu kamu tahu.. Sebab apa makcik pun tak tahu..'

Julia menggosok telapak tangannya yg agak lenguh menongkat dagunya sendiri. Masih memandang keluar tingkapnya. Mencari jawapan yg dia sendiri tidak pasti.

'Hurmmm...' sebuah keluhan meluncur dr bibirnya.

Jam dinding yg terletak setia di dinding berwarna putih itu dikerling. Perlahan dia bangkit dan mencapai tuala kecil di hujung katil.

Isthikarah... itulah penyelesaian utknya. Tanpa mengenal mengetahui siapakah Shahril yg akan dating meminangnya.


--------------------

'Betul ke awak ambil cuti jumaat ni?' Ain teman satu jabatan dgnnya tiba2 bertanya. Julia agak kaget dgn pertanyaan yg tidak semena2 itu.

Tanpa menjawabnya, Julia mengangguk dan tetap dgn kertas kerjanya.

'Tak pernah2 awak ambil cuti utk balik kg Ju..selalu balik kg hari jumaat after work..'

Julia menoleh pd temannya, sekilas dia tersenyum. Masih tidak menjawab.

'Ju ada masalah ke..?' Ain seolah berbisik pdnya. Julia sekali lagi mengangkat wajahnya memandang temannya itu.

'Taklah Ain... Kenapa cakap macam tu pulak...Ju saja nak habiskan cuti... Kan dah bulan 9 ni... Cuti Ju banyak lagi..' Dalihnya. Kembali pada kertas kerjanya.

'Kalau ada pape cakaplah Ju.. Kita kan satu ofis... Lagipun, selama ni Ain je yg asyik susahkan masalah Ain kat Ju..'

'Eh... Ain... apa cakap macam tu. Tak de pape lah... Ju ok je.. '

'Hmm...' Ain masih enggan percaya. Wajah bulat Julia direnungnya.

'Lately Ju senyap sangat.. tu yg Ain Tanya...' Kata2 Ain membuatkan Julia terhenti tumpuannya seketika. Seolah berfikir, dan menoleh pada temannya.

'Ayah Ju kata ada org nak dtg meminang Ju..  Ju tak sure apa nak buat. Ingat nak balik kg ni.. Ju nak bincang dgn ayah Ju..'Akhirnya Julia meluahkan cerita sebenar.

Ain terkedu. Wajahnya seolah kaku buat seketika.

'Ain kan tahu hal Ju dgn family Ju... 'Giliran Julia terdiam seketika.

'Betul ke Ju...?Alhamdulillah...' Tiba2 Ain seolah menjerit keriangan. Julia sekali lagi kaget.

'Apa ni... ju tak kata pun Ju nak terima...' Keluh Julia. Ain sudah tertawa gembira.

-----------------------------------------

‘Terima jelah Shahril tu.. Nak tunggu sapa lagi. Umur bukannya muda lagi. Nak harap berboyfriend ntah bila dapatnya..’ Sinis emak bersuara dari tempat duduk belakang. Sedikit terguris hati kecilnya. Genggaman tangannya pad stering keretanya dikuatkan. Menahan rasa hati. Namun Julia tidak menjawab. Sekadar dibiarkan kata2 ibunya melepasi waktu.

‘Awak ni Piah.. Ikut sesedap mulut awak aje bercakap.. Apa pun biarlah Ju sendiri putuskan. Ini masa depan dia.. Jangan ingat hal kawen ni boleh dibuat memain...’ Rungut Hj Hadi. Memicit2 kepalanya yg berserabut dgn perangai isterinya. Julia memberikan senyuman hambar pada ayahnya.

‘ Eh.. abg ni. Bila pulak saya buat memain? Saya cakap yg betul. Buat apa nak fikir2 lagi. Sementara ada orang nak.. Lagi pun betulkan saya cakap.. nak harapkan si Ju ni ada boyfriend ntah bilanya...’

‘Eh.. mana awak tahu Ju ni ada teman lelaki ke tak... “

‘Alah.. tak payah bagi tahu.. memang tak adanya...’ Gerutu Hjh Sapiah. Tidak senang suaminya cuba membela Julia.

‘Hish... memandai sgt lah awak ni emaknya... Dah la Ju... jgn ikut sgt cakap emak ko ni.. Asyik fikirkan hal sendiri. Ayah nak Ju fikirkan dulu.. Ayah ikut aje..’

Julia tersenyum lagi. Malas untk bersuara. Perjalanan pulang ke rumah bagai sangat lama. Bagai menempuh siang dan malam. Hatinya resah tidak menentu. Telefon bimbit disakunya sudah bergetar beberapa kali. Dia dapat meneka. Panggilan atau sms dari siapa. Namun dibiarkan sahaja.

 

‘Saya tidak akan memaksa... tapi, sy harap awk sudi beri sy peluang..’

SMS ringkas itu di baca beberapa kali. Berkelip2 kelopak matanya. Memikirkan jawapan utk si penghantar. Akhirnya sebuah keluhan menyudahkan bacaannya.

Julia merenung dinding. Kiri dan kanan bersilih ganti. Tidak tahu mahu kemana lagi pandangan matanya. Gelisah dan kadang rasa pilu menyusup hatinya. Sukarnya untuk dia membuat keputusan itu.

‘Ju terima jelah dulu.. Bertunang bukan ertinya dah jadi isteri. Lagi pun Shahril dgn emak ayahnya sendiri dah kata kat Ju.. tempoh bertunang tu buat utk tempoh berkenal2an. Kalau serasi, teruskan. Kalau tak.. putuskan...’ Kata2 Makcik Sainah bagai berulang2 memukul gegendang telinganya.

Tit tit tit ..

‘Maafkan saya... adakah sy telah memaksa..atau terlalu mendesak? Maafkan saya..’ Terangkat kening Julia membaca SMS itu.

Dibiarkan seketika. Memang dia tidak pernah menjawab sebarang mesej atau panggilan telefon dari lelaki itu. Bukan dia berlaku sombong atau keras kepala. Sebenar2nya dia masih tidak tahu apakah keputusan yg perlu dibuatnya.

SMS kali ini membuatkan dirinya terasa begitu kejam. Melirik pada jam di dinidng. 2.05 pagi.

‘Masyaallah...’ keluhnya perlahan. Terasa bagai sungguh menyeksa hati lelaki itu.

Perlahan dia mengambil telefonnya kembali. Direnungnya seketika. Tidak pasti.. menekan2 huruf2 di skrin telefon itu. Di padam beberapa kali dan berulang kali..

‘insyaallah... esok sy akan beri jawapan. Tidurlah dulu ye. Dah lewat pagi ni...’ Akhirnya Julia menghantar sms. Ntah mengapa meremang bulu romanya. Segera di campakkan telefonnya ke atas tilam. Takut.

Tit tit tit..

Julia menoleh bila telefonnya kembali berbunyi. Mahu tak mahu dicapainya. Disangkanya hantaran pesanan ringkas. Tetapi bila dilihatnya skrin itu melayarkan panggilan utknya jantungnya begitu kuat berdebar.

Tiba2 terasa sesuatu menggigit lengannya. Spontan jarinya menekan skrin telefonnya dan tanpa rela Julia telah pun menjawab panggilan telefonnya..

‘Assalamualaikum...’ Julia tersentak bila terdengar suara di talian. Bagai mahu luruh jantungnya.

‘Assalamualaikum...’ Julia masih terkejut dan terkedu.

‘Waalaikumsalam.. ‘sahutnya dlm getar yg sgt kencang. Terasa pagi yg asalnya sgt sejuk itu seolah hilang sejuknya. Terasa bagai ada peluh mula merenih tubuhnya.

‘Ju... ‘ Shahril memanggil namanya perlahan.

‘err.. ye.. saya..’

‘Belum tidur juga ye..? ‘Tanya lelaki itu perlahan. Julia mengangguk. Mmenyedari Shahril tidak melihatnya dia terasa lucu seketika.

‘Belum.. tapi dah nak tidur.’ Julia cuba mengelak perbualan panjang.

‘Oh.. eloklah.. tidurlah.. dah lewat sangat ni...’ Pesan Sharil. Julia terasa lucu. Bukankah tadi dia yg mula berpesan pd lelaki itu sepaya tidur dulu.

‘Hmm... yelah.. Awak pun..’ Ahhh... ntah kenapa kata2 itu yg terluah. Malu merembas dihatinya. Seolah saling berpesan2. Kedengaran ketawa kecil di hujung talian.

‘Ok... terimakasih sbb sudi angkat telefon. Ke... mengigau ni...?’usik Shahril. Julia tidak mampu menahan tawa lucunya.

‘Tak adalah... mana ada sy ngigau...Awak ni...’ Shahril turut tertawa.

‘Yelah... hehe.. tidur ye.. Assalamualaikum..’ shahril menyudahkan perbualan. Julia segera menjawabnya dan segera memutuskan talian.

Ahh... lelaki itu... Bisiknya dalam keluhan.

Sesaat kemudian, terasa hatinya seolah begitu damai. Kepalanya yg sudah usang hari terasa begitu berat dan sarat bagai sudah lapang. Julia meletakkan kepalanya perlahan ke bantalnya. Tilam tipis itu terasa selesa buatnya. Beristighfar seketika dan malamnya bersantai dlm lena yg panjang.

 

 

‘Ju... oh Ju... ‘Ketukan pintu bilik yg agak kuat itu segera mengejutkan Julia dari tidurnya. Berpisat2 dia menolak kain selimut.

‘Ayah...’ Julia menyahut panggilan Haji Hadi.

‘Bangun dah... ‘Julia menjengokkan kepalanya keluar pintu bilik.

‘Ayah...’

‘Hmm... hari ni ayah teringin nak makan pulut durian. Malam tadi ayah ade rendam beraspulut. Durian ada kat bawah almari. Kelapa ada tu. Ju tolong tanakkan pulut ye. Bubur nya jgn manis sangat..’ Pesan lelaki berusia itu sambil membetul2kan serban dikepalanya.

‘Baik ayah... ayah dah nak gi masjid ke?’ Tanya Julia dgn tangannya menutup mulutnya yg menguap.

‘Ha’ah... ayah balik siang sikit. Nak tgk ada durian jatuh tak kat kebun..’ Julia Cuma tersenyum.

‘Tgk siang sikit kan boleh ayah... pagi sangat mana nak nampak buah tu ade ke tak.. Lagi pun kan bahaya.. Karang ade plak ular ke apa..’

‘Tak de lah...Ayah dah biasa...’Haji Hadi melangkah meninggalkan Julia.

‘Siang sikit ayah...’

 



Tuesday, 4 June 2013

Andai ku mampu miliki cinta itu

Anuar memandangnya dari jauh. Tidak punya keberanian untuk mendekati gadis itu. diperhatikan segala gerak geri gadis bertudung hijau pucuk pisang itu. Segalanya. Hatta sewaktu gadis itu melakarkan senyuman, Anuar mengikuti gerak ulas bibir itu. Indah, tidak tergapai untuk memiliki.

Munirah tersenyum lucu bila teman2nya tak henti2 bergurau mesra. Sesekai dia tergelak sama. Namun dia tidak pandai untuk menyertai gurauan santai itu. Walaupun terkadang gurauan itu mengaitkan dirinya. Hanya senyuman dan gelak kecil yang mampu di lakukannya.

Anuar menelitinya dari jauh. Munirah tahu itu. Dalam sudut hatinya, dia tidak selesa, namun disimpannya dalam hati. Bimbang nanti menjadi fitnah. Apatah lagi bimbang kalau2 ada yg mengatakan dirinya perasan diminati oleh jejaka no. 1 itu.

"Eh.. Mun. ko tolong potong kad huruf2 ni.. Aku nak kene pegi beli brg la.. " Sukail menghulurkan sebuah kotak yg agak besar pad aMunirah. Munirah segera mencapai kotak tersebut dan melihat isi kandungannya.

"Oh.. ok.."

"Mun.. makan dulu?"jerit Saerah dari satu sudut yg agak jauh darinya. Munirah menoleh pd temannya itu pula. Munirah menggeleng. Menghampiri ruang meja yg agak kosong, Munirah mengeluarkan kepingan kad manila yg telah terlukis huruf2 tertentu. Jemarainya pantas mencapai pisau kecil dari kotak yg sama dan mula memotong huruf2 itu.

"Lapik dgn kertas tebal Mun.. Nanti calar2 meja, big bos marah pulak.." tegur seorg temannya yg lain. Munirah mengangkat kepingan kotak yg dibuat lapik, Tanpa mengendahkan teman2nya yg turut sibuk, Munirah meneruskan kerjanya.

"Ouchh... Astaghfirullah.." Munirah mencampakkan pisau kecil ke atas meja. Darah mengalir laju dr jarinya. Sementara sebelah tgnnya mencapai beg sandangnya.

"Mun..?"Hasnah yg berada tidak jauh darinya menoleh sebaik mendengar jeritan kecil Munirah.

'Tak pe.. sikit je.."Munirah segera menyorokkan jarinya yg luka.

"Buat pelan2 je.. Masih ada byk masa.."Pinta Hasnah tanpa menyedari darah yg mula menitis ke lantai.

"Insyaallah.."Munirah kembali mencari2 tisu dr beg sandangnnya.

"Darah ke ni..?"Tiba2 Hasbullah menjerit.

"Aa..." Tergamam Munirah seketika.

"Eh.. Mun.. tgn kau.." Jerit Hasnah agak kuat. Terkejut melihat tgn temannya berlumuran darah.

"Err... sikit je..."Munirah mula kocoh membungkus tgnnya dgn tuala kecil yg terletak di atas meja dan berlari anak ke sinki.

"Ehh... Mun.."Hasnah mengejarnya cemas.

"Banyaknya darah ni.. Mun.. kenapa tgn ko tu.."

"Kena pisau td.."

"Tengok.." Tiba2 anuar menarik tgn kecil Munirah yg masih berbungkus.

"Masyaallah... ambilkan air batu dgn peti ubat.."Jerit Anura pd seorg temannya yg lain. Hasnah menjerit melihat tuala kecil yg sudah bertukar warna merah.

"Macamana boleh kena..?"Tanya Anuar tenang. Munirah sudah mula merasai pedih dan ngilu. Apaath lagi bila lukanya yg agak dalam itu disirami air paip.

"Ntah.. tak perasan.."Bisik Munirah. Menyedari tgnnya di'gomol' dgn lelaki itu, Munirah cuba menariknya. Tapi Anuar lebih gagah dan meneruskan usahanya membersihkan darah pd tgn gadis itu dan menekan2 luka utk menghentikan pendarahan.

"Diam ajelah.."Tegur Anuar bila menyedari Munirah berusaha utk melepaskan diri.

Munirah terkedu. Seketika mata mereka bertemu dan segera Munirah melarikan pandangannay.

"Bungkus air batu tu dgn tuala. Keluarkan antiseptik dgn pembalut. Bagi ke saya"Arah Anuar pantas. temannya yg membawa brg tersebut segera bertindak.

Pantas juga Anuar mengepung luka yg masih berdarah itu dgn antiseptic dan pembalut luka. Sehelai plastik bungkus di ambil dan membungkus tgn Munirah. Munirah melihatnya dgn rasa hairan.

"Nape nak buat cam ni..?"Tanyanya pelik.

"Letakkan bungkusan ais tu pd tempat luka tu. insyaallah darahj lebih cepat berhenti."

Munirah mengangkat keningnya kehairanan.

"Nak saya buatkan ke..?"Usik Anuar dgn nada bersahaja. Munirah terkejut dan segera dia mencapai bungkusan ais itu dr genggaman temannya yg lagi satu.

"How..?"Tanyanya kebingungan.

Anuar tersenyum lucu. Bungkusan itu sekali lagi berpindah tagn. Tgn Munirah yg luka di letakkannya di atas meja. Dan perlahan dia menekan2 bungkusan ais itu pd tempat luka tersebut. Munirah melihatnya dan sedikit termalu.

"Err... ada sesapa sempat rakam adegan romantis ni tak..?"Tiba2 Hasbullah menempelak dgn nada lucu. Anuar tergelak lucu diikuti teman2nya yg lain. Sementara Munirah sudah tidak keruan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Munirah mengeluh resah. Skrin msein ATM Giro itu dipandangnya.

"Masyaallah..." Bisiknya perlahan. Kad banknya segera di simpan semula ke dalam dompet kecilnya.

"Dah..?" Tanya Hasnah. Munirah mengangguk tanpa memandang temannya.

"Mun..?"

"Hmm..?"

"Nape? Ayah Mun belum masukkan duit ke?" Tanya Hasnah cuba memahami. Dia tahu temannya yg pendiam itu sedang menahan rasa.

"Belum.. tak pe lah.. ayah tak sempat lagi kot.." Ujarnya lembut. Senyumannya diukir untuk menafikan terkaan temannya.

"Tiket bas kena beli hari ni tau..."

Munirah memandang wajah temannya dgn senyuman resah.

"Pakai duit na dulu ... nanti kalau dah ada duit, bolehlah Mun bayar balik..Kita gi beli sekarang ye.. Nanti habis tiket tu susahlah kita.." Hasnah memujuk. Munirah menundukkan wajahnya. Terasa segan dgn temannya itu.

"Hutang Mun dgn Na dah banyak dah...Ni nak tambah lagi" Rungut Munirah.

"Habis tu.. Mun nak duduk hostel? sorang2?" Tanya Hasnah. Munirah terdiam.

"Pak guard cakap, kalau time cuti2 tu kan..."

"Haaaa... janganlah takut2kan.." Rengek Munirah sambil jarinya mula liar mencari lengan Hasnah utk di cubit. Hasnah segera berlari meninggalkan temannya sambil tertawa gelihati.Tanpa menyedari beberapa lelaki muda sedang tersenum2 memandang mereka.

"Ko ada duit, ko beli la tiket utk awek 'skandal' ko tu.. kesian pulak aku tgk..." Hasbullah mengusik Anuar yg mash asyik memandang lenggok 'gadis' pujaannya.

"Ishh... nanti apa pulak dia fikirkan.."

"Fikir apa pulak.. ko jgn la sampai dia tau..Buat macam secret gift ke..ko kalau nak aku tolong bisa aja donggg...."

Anuar menoleh padan temannya sambil mengangkat sebelah keningnya tinggi.




Monday, 27 May 2013

alangkah bertuah bagi mereka yg punya kekuatan menghadapi kesukaran dlm kewangan...